Salam sejahtera kepada semua pembaca blog kami.
Suatu fakta tidak dapat dinafikan adalah terdapat berpuluh ribu hartanah di Malaysia masih tidak dapat pemilik sendiri.
Ini boleh disifatkan dengan pelbagai alasan, salah satu alasan yang penting adalah berpendapatan rentah menghadapi kos sara hidup yang tinggi menyebabkan segolongan orang di negara kita tidak dapat mencapaikan impian untuk memiliki sebuah rumah.
Oleh yang demikian, terdapat segolongan orang yang bijak menwujubkan konsep Mark up.
mark up, dalam jangka masa yang pendek, boleh memberikan kebaikan kepada pembeli, kerana mark up dapat membantu pembeli menerima pembiayaan pinjaman wang 100% atau berlebihan daripada mana-mana bank tanpa mengeluarkan duit pendahualan atau mengurangkan duit pendahuluan.
Tetapi, kebaikan ini akan membawa dengan kerosakan yang tidak dibayangkan seperti bom pemasa yang akan meletup dan boleh mencederakan setiap orang yang terlibat dalam trasaksi ini pada bila bila masa. Tahap kerosakan boleh bertimbul dari segi undang undang atau terhadap nilai hartanah anda.
Dari segi undang undang, berdasarkan seksyen 25 (1) Contract Act 1950, Sekiranya tujuan atau balasan dalam mana mana perjanjian menyalahi mana mana undang maka perjanjian tersebut hendaklah diketepikan.
Jadi, soalan adalah di mana undang undang kami dapat menunjukan bahawa mark up telah menyalahi undang undang?
Merujuk kepada berita dari Singapura, kami mendapati bahawa sesiapa yang terlibat dalam transaksi mark up akan bersabit dengan hukuman penjara atau denda berdasarkan seksyen 423 Kanun Kesesaan (Penal Code chapter 224) versi Singapura.
Seumpamanya, Malaysia mempunyai kandungan Seksyen423 Kanun Keseksaan (Penal Code) Yang sama dengan Versi Singapura Seksyen 423 Kanun Keseksaan (Penal Code Capter 224).
Berbezaan di Antara versi Singapura Dan Malaysia adalah tempoh penjara, di mana tempoh Penjara di Singapura adalah tiga tahun manakala Malaysia adalah Lima tahun. Sila rujuk rantai di sini.
Bahkan, di Singapura, terdapat seorang penjual telah bersabit dengan hukuman penjara satu tahun selepas beliau dibuktikan terlibat dalam mark up transaksi, sila rujuk rantai di sini.
Dari segi nilai hartanah anda, pernah tak anda berfikir setiap kemungkinan kesan yang boleh merosakan nilai hartanah anda seperti kami sifatkan seperti berikut:-
A) pembelian hartanah bukanlah lagi suatu pelaburan pada masa akan datang
B) nilai hartanah tidak lagi murni atau tulin seperti emas
C) pembelian hartanah akan menjadikan beban dalam kehidupan anda apabila anda berusia tua
D) mark up sedang menghakiskan nilai hartanah setiap pemilik hartanah
E) rumah pemilik sukar dijual atau tidak dapat dijual dalam hayat pemilik
Kami menekankan bahawa blog ini adalah bertujuan untuk membantu pemilihan anda di dalam transaksi jualbeli hartanah.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, harap anda boleh ingatkan bahawa kami adalah Johor Bahru Lawyer.
没有评论:
发表评论